Assalamualaikum….
Akhirnya, berjaya juga mendapat salinan video yang disiarkan di TV3! hari tu, terlepas nak tengok live…huhu…
ok, jom kita tengok…:-)
Popularity: 20% [?]
Assalamualaikum….
Akhirnya, berjaya juga mendapat salinan video yang disiarkan di TV3! hari tu, terlepas nak tengok live…huhu…
ok, jom kita tengok…:-)
Popularity: 20% [?]
Assalamualaikum…
Mungkin ramai yang dah tahu, kisah perniagaan internet yang saya usahakan selama lebih kurang setahun telah disiarkan di akhbar Utusan MEGA pada 25 Februari 2008 yang lalu…
Ternyata, usaha saya selama ini tidak sia-sia…dan saya yakin artikel ini telah membuka mata orang ramai terutama golongan surirumah…sedikit sebanyak ia memberi idea kepada mereka untuk mencari sumber pendapatan sampingan/tetap melalui internet…
Terima kasih pada K.Mahiran dari Utusan yang telah menghubungi saya untuk ditemubual…
Terima kasih kepada suami saya, Mohd Suhaimy kerana menjadi sumber inspirasi dan sentiasa memberi sokongan padu…
Terima kasih kepada semua pelanggan MyPermataHati Shop dan Cadar Shop…tanpa anda, siapalah saya!
Ini gambar artikel di dalam suratkhabar:

Ini pula artikel yang saya copy dari Utusan Online:
Siti Noorhafezah selesa berniaga melalui Internet
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
SITI Noorhafezah Maarop sentiasa memeriksa laman webnya bagi memastikan pesanan pelanggan cepat diproses.REZEKI boleh diperoleh di mana-mana sahaja walaupun hanya duduk di rumah, yang penting ada usaha dan kemahuan.
Itulah kata-kata, Siti Noorhafezah Maarop, 28, yang sanggup berhenti kerja untuk menjadi suri rumah dan pada masa sama menjalankan perniagaan melalui Internet di rumah.
Wanita ini mengambil keputusan meninggalkan kerja makan gaji sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas melahirkan anak pertama dua tahun lalu.
Memang, pada mulanya sukar bagi beliau membuat keputusan tersebut, namun memikirkan anak yang baru lahir lebih memerlukan kasih sayang seorang ibu, maka gaji beribu dilupakan begitu sahaja.
“Namun, rasa terkilan juga kerana tidak dapat memegang wang sendiri dan masa hanya dihabiskan melakukan kerja-kerja rumah di samping mengasuh anak.
“Tidak betah dengan keadaan itu, saya mencari peluang bagi menambah pendapatan keluarga. Saya mendaftar sebagai ahli sebuah syarikat yang menjual produk melalui katalog untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
“Dengan hanya bermodalkan RM20, saya memulakan perniagaan cadar yang diperoleh daripada katalog. Saya membuka sebuah laman web dan memasarkan cadar-cadar tersebut secara online.
“Alhamdulillah, perniagaan itu berjaya dan saya mengorak langkah membuka sebuah lagi laman web untuk menjual pelbagai produk keperluan bayi dan ibu lepas bersalin,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Isteri kepada Mohd. Suhaimy Abu Bakar memberitahu, beliau menceburi bidang perniagaan Internet ini setelah melihat kejayaan suaminya.
“Suami saya mempunyai laman web e-book iaitu yang menyewa dan menjual buku-buku ilmiah dan pengurusan untuk peminat buku.
“Daripadanya jugalah saya mempelajari bagaimana untuk memulakan laman web perniagaan dan menguruskannya,’’ ujarnya.
Graduan ijazah sarjana muda teknologi maklumat dari UKM ini menjelaskan, beliau membuka laman web www.cadarshop.com pada Februari tahun lalu dengan menawarkan pelbagai pilihan cadar, langsir dan dekorasi rumah.
“Pada bulan Jun pula, saya membuka sebuah laman web www.mypermatahati.com/shop/ dengan menawarkan produk keperluan ibu dan bayi seperti barut, bedung, pakaian kanak-kanak, cadar bayi dan produk selepas bersalin,’’ jelasnya.
Tambah Siti Noorhafezah, perniagaan jenis ini tidak memerlukan modal yang banyak serta masa juga tidak terikat.
“Ini kerana saya hanya memesan barangan daripada pembekal apabila pelanggan memerlukannya. Saya juga tidak perlu mengambil barangan pesanan itu kerana ia akan dihantar sendiri ke rumah saya.
“Ia sungguh mudah kerana di samping menjalankan perniagaan yang hanya memerlukan beberapa waktu untuk mengendalikan pesanan pelanggan, saya boleh menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Tidak perlu meninggalkan anak untuk urusan perniagaan. Semuanya boleh diuruskan melalui e-mel atau telefon,’’ katanya.
Ibu kepada dua orang anak iaitu Adam I, rfan Mohd. Suhaimy, 2, dan Adi Farhan, 1 ini menjelaskan, segala aduan mengenai kerosakan dan ketidakpuasan hati terhadap produk yang dipesan boleh dibuat dalam masa tiga hari selepas penerimaan.
“Ia boleh dipulangkan,’’ ujarnya.
Ditanya mengenai saingan, katanya, memang banyak, malah ahli-ahli katalog di bawahnya juga turut menjalankan perniagaan seperti ini.
Justeru itu, ujarnya, promosi produk perlu diadakan selalu bagi menandingi saingan lain.
Popularity: 18% [?]
Assalamualaikum…
setelah sekian lama web ini ‘dibiarkan’, saya berazam untuk memeriahkan kembali dengan menambah lebih banyak artikel-artikel kekeluargaan…
saya juga akan berkongsi cerita tentang keluarga dan dunia perniagaan internet yang saya ceburi hampir setahun…dalam kategori Diari Ibu…
selain itu, insyaallah, ada sesuatu yang istimewa buat semua para subscriber di laman web ini…tawaran-tawaran menarik dari MyPermataHati Shop dan juga newsletter berguna buat semua…
sebagai permulaan, saya mengalu-alukan ‘link exchange’ bagi anda yang mempunyai blog…:-D boleh beritahu saya link blog anda di sini: Contact
sokongan dari anda semua amat saya hargai!
terima kasih…(^_^)
Popularity: 19% [?]

